Finally, i managed to update my blog after a while.. just bought a new novel.. title a bit 'pelik'.. tp sebab author dia quite famous so gamble la.. but i'm sure the story will be great!!
Dr. Alpha Male by Anjell
Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.
"Dah habis tenung dah? Tak
nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN
UKASYAH
Wow! speechless terus Tristin
Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.
"Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang
aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN
UKASYAH
Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab
dalam kelas. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan
salahnya.
"Cakap elok-elok sikit tak boleh ke,
sedara?" - TRISTIN HAZEL
Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena
serangan jantung Hazel apabila orang yang sama yang dilanggar itu tiba-tiba
buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya..... Dengan rasminya,
alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.
Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung.
Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tal lebih daripada
pensyarah-pelajar. Dr.Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk
memberi Hazel semangat..
"I'll do my best to protect you. Anything.
I'll even talking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH
Namun mampukah segalanya terbongkar? Adakah
semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?