Wednesday, November 15, 2017

New Novel Collections

As salam,

Nothing much to update.. end of the year mmg bz tahap gaban kot..😐 but curi-curi masa jalan-jalan cuci mata.. heheh 😍

So, terbeli la satu novel baru - Red Velvet by Acik Lana.. tp belum sempat baca.. will do that soon! 😉




Friday, October 20, 2017

Currently I'm listening to...


  • apa ku rasa - shima

    ** why do i suddenly feel so miserable..so confused
     😕  

      duhai hati...tenanglah

Monday, September 25, 2017

New Novel Collections

Salam,

Finally, i managed to update my blog after a while.. just bought a new novel.. title a bit 'pelik'.. tp sebab author dia quite famous so gamble la.. but i'm sure the story will be great!!
Dr. Alpha Male by Anjell




Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.


"Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH

Wow! speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

"Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab dalam kelas. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

"Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang yang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya..... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tal lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr.Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat..

"I'll do my best to protect you. Anything. I'll even talking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH

Namun mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?

Wednesday, September 13, 2017

EziBox @ Pos Laju

Salam..

Ezibox?? 1st time dgr mmg no idea pasal ni.. until last 2 weeks fortunately my pos laju package, mr postmen letak dlm Ezibox.. adoiii satu hal plk nk pegi kinrara ambik pos laju psl jauh sket dari rumah..

So, kisahnya Ezibox kinrara ni dekat petronas station.. dlm keadaan blur meolss tercegat dpn Ezibox taktau nk buat apa...kekeke tarik nafas 2/3 kali then try tekan2 kat mesin tu & syukur berjaya akhirnya...

Well...not bad at all guna Ezibox..sgt mudah =)


Monday, July 17, 2017

Ruler – Master of the Mask (Korean Drama)

Salam,

Finally, finished my new kdrama collections.. =)  starring new talented actors Yoo Seung-ho & Kim So-hyun.. storyline agak meleret tp demi Seung-ho 💕 meols gigihkn jua..heheh Seung-ho kalo berlakon Sageuk mmg daebak!! 👍



Sinopsis - Set in 18th-century Joseon, it tells the fictional story of Crown Prince Lee Sun (Yoo Seung-ho) and his fight against the powerful and wealthy organization Pyunsoo-hwe that controls the country behind the scenes due to its monopoly of the nation's water supply. With the help of the woman he loves named Han Ga-eun (Kim So-hyun), Lee Sun overcomes adversity and grow as a just ruler.



Thursday, May 25, 2017

Currently I'm listening to...



  • Lady Gaga - The Cure
  • The Chainsmokers & Coldplay - Something Just Like This
  • Sia - Cheap Thrills
  • Charlie_Puth_-_Attention
  • The Chainsmokers - Closer (Feat. Halsey)


Thursday, May 11, 2017

New Novel Collections

Okay.. finally..akhirnya tamat sudah baca my new novel collections Hero Seorang Cinderella - Anjell setelah 2 hari bersengkang mata smpai pkl 2.30 pg?? arghhh!! ngantuk giler kot tp sbb nak tau ending gigih meolss berjaga..huhuhu

sgt enjoy baca novel ni.. just nice..💕 bahasa novel sgt sempoi.. smpai meols yg baca pun tersengih sorang2...apa kes?? hahaha 

thumbs up!   

p/s looking fwd to watch adaptasi #HeroSeorangCinderella..:)


#HSC

#DeeIan





Sinopsis

Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam. 

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia. 

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA 

“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM 

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?