Tuesday, February 14, 2012

Ariana Mikhail

Salam..

Hmm..dah lama betul tak update blog neh.. bz ke..??ntahle nk kata bz tak bz pon tp takde mood sebenarnye...

Anyway.. skg sgt suka tgk citer Ariana Mikhail.. drama nie ialah slot Ratu di TV9 - Isnin dan Selasa, 8.30 malam.. ada Nora Danish, Sein & Rizman Khuzaimi..

Sinopsis


Kisah ”Ariana Mikhail” bermula apabila Mikhail (Sein) yang telah tamat pengajiannya di London telah pergi bercuti di Paris bersama sahabat karibnya, Jamil (Riezman Khuzaimi). Semasa percutian itu, Mikhail berniat untuk mencari teman wanita berbangsa Perancis tetapi ditakdirkan bertemu dengan Ariana (Nora Danish) yang kebetulan singgah bercuti di Paris sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang mempunyai lulusan hiasan dalaman bercuti seorang diri kerana ingin mencari pengalaman dalam dunia hiasan di Eropah.



Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya begitu juga dengan insiden kedua. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.

Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya dan sejak itu mereka mula rapat dan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.

Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana.

Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…

Wahhhh..panjang plk sinopsis citer neh..heheh