Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013

Selamat Tinggal 2012...

Selamat Datang 2013...:)


Monday, December 24, 2012

Currently I'm listening to...

  • Separuh Aku - noah
  • Call Me Maybe - carly rae jepsen
  • Kau Yang Terindah - alyah
  • Ajari Aku - anuar zain

Friday, November 30, 2012

Terlanjur Cinta

Salam..

Lama tak update blog...bz...bz...and bz... anyway.. 'ter'tengok 1 drama kat TV9.. interesting jgk drama nie.. pelakon pn ok..& jalan cerita pn mcm best... actually bila baca sinopsis drama nie teringat plk dgn 1 novel... "Andai Itu TakdirNya'... novel mmg superb! so, hrp2 drama nie pn best jgk..



Sinopsis 'Terlanjur Cinta'...

Mengisahkan tentang cinta Nia yang meminati Fareth, anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.

Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati. Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya.

Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat. Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.


Lakonan Siti Saleha, Aqasha, Masha Milan, Nazim Othman dan lain-lain.. :)




Thursday, November 29, 2012

Currently I'm listening to...

  • AdaMu - najwa latif
  • Give Your Heart A Break - demi lovato
  • Lighters - bad meets evil (Ft. bruno mars)

Friday, September 21, 2012

New Member in da House! - Part 9

Salam...

Yeaaa...ada new member lg.. br je aritu bertunas... mggu nie ada lg tunas br... 

semoga terus ada tunas2 baru lg... ;-)


Wednesday, September 12, 2012

Adam & Hawa

Salam..

Haaa..tajuk cam best je kann.. skrg tgh 'demam' drama bersiri Adam & Hawa karya penulis Aisya Sofea... novel dah baca..mmg terbaekkkk.. so, hrp2 drama pon best jgk..

Drama ni dah start kat Astro haritu... 80 episod okk...fuhhh jenuh nk tggu abis... anyway, pelakon dia Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani... so far jalan citer ok & smooth.. enjoyyyyyy!!!


Wednesday, September 5, 2012

Salam Aidilfitri 2012


Salam Aidilfitri 2012 untuk semua... maaf zahir batin..


Nasi dagang ikan aye
Selamat hari raya
Lage papang lage bating
Maaf zahir batin =)

Wednesday, August 29, 2012

Currently I'm listening to...


  • No.1 For Me - maher zain
  • Lepaskan - wanna
  • Aku Suka Dia - ainan tasneem
  • Aku Datang - tomok

Tuesday, August 28, 2012

New Member in da House! - Part 8

Salam..

Waaaaaahhhh dah lama tak update blog... kali nie nk update sikit je.. sambung next time plk.. so, ada new member in da house..yeaaayyyyy !!! =D


Tuesday, June 19, 2012

New Novel Collections...


Salams,,

Akhirnya... yang ditunggu2 dah tiba... the last chapter of Laksamana Sunan... =( lps nie dah takde lagi Saifuddin.. sob2.. tp yang paling best ada signature special punye... heheh 




"Allah menciptakan cinta...dan cinta itu fitrah manusia."

Wednesday, May 9, 2012

Currently I'm listening to...

  • It Will Rain - bruno mars
  • Aku Bersahaja - rossa & taufik batisah

Friday, April 27, 2012

Miracle???

Salam...


It's almost a week since the incident.. skali speaking london plk..;p tp still takleh nak lupa xcident yg tiba2 muncul dpn mata aritu..menakutkannn!


kete putih tu br je beberapa minit melepasi kete ku..laju tak laju dlm 80km/j je rsnya..maklumla jln basah lps ujan..smpai selekoh nk turun bulatan dpn lim kok wing tu aku tukar lane kanan.. tetiba 1 kete waja ikut blkg, mcm laju..

'nk tukar lane kiri ke tak ekk..hmmm takyah la.. biorla dia ikut..' lgpun tgh turun bulatan kan takkan nk laju plk..


tiba2 200m kt dpn, kete putih td tgh berpusing tgh2 jlnraya
sbb br lps langgar divider kanan..& langgar plk divider kiri
& bumper dpn jatuh kt tepi jln.. mybe break tak makan sbb jln licin, so hilang kawalan.. astaghfirullah al-a'zim..masyaallah...


terus break tp syukur kete taklaju sgt so takdelah break emergency..kang takpasal2 kete blkg cium bontot kete ku plk..
ishhh..takleh bayangkan kalo kete ku smpai situ 1 saat awal..:(


dlm keadaan mcm blur2 sket terus lalu jgk tepi kete putih tu...
tp taknmpk sgt sbb kete tu still bergerak slow2 akibat rempuhan divider tu...syukur alhamdulillah..rsnya kalo td tukar lane kiri taktau nak ckp apa..mybe bertembung dgn kete putih yg pd ms yg sama tgh hentam divider kiri tu?? na'uzubillah..moga dijauhkann..


p/s kesian driver tu..moga2 dia selamat..moral of the stori..
lenkali kalo ujan confirm takleh bwk kete laju2..mmg bahaya

Wednesday, April 25, 2012

New Member in da House! - Part 7

Salam..


Ok.. skg dah ada new member dah.. yeaaaa!! fuhhh.. lama menungguu.. hehe

Tuesday, April 24, 2012

Tuesday, March 13, 2012

Kenapa Allah Taala lambatkan sesuatu doa.?

Kadang-kadang kita berdoa utk kuat tapi kenapa byk dugaan,
kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul...

kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula dtg...

Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah...
Hebat kan Allah... Semua ada hikmah...

Kalaulah manusia tahu hadis ini:"Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya) (Diriwayatkan oleh Anas bin Malik)

p/s copy from fb Pakar diari hati

Tuesday, March 6, 2012

Currently I'm listening to...



  • Terukir Di Bintang - yuna

  • Cinta Harus Memiliki - anuar zain

  • Sedang Apa & Dimana - sammy simorangkir
    (ariana mikhail theme song)

Tuesday, February 14, 2012

Ariana Mikhail

Salam..

Hmm..dah lama betul tak update blog neh.. bz ke..??ntahle nk kata bz tak bz pon tp takde mood sebenarnye...

Anyway.. skg sgt suka tgk citer Ariana Mikhail.. drama nie ialah slot Ratu di TV9 - Isnin dan Selasa, 8.30 malam.. ada Nora Danish, Sein & Rizman Khuzaimi..

Sinopsis


Kisah ”Ariana Mikhail” bermula apabila Mikhail (Sein) yang telah tamat pengajiannya di London telah pergi bercuti di Paris bersama sahabat karibnya, Jamil (Riezman Khuzaimi). Semasa percutian itu, Mikhail berniat untuk mencari teman wanita berbangsa Perancis tetapi ditakdirkan bertemu dengan Ariana (Nora Danish) yang kebetulan singgah bercuti di Paris sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang mempunyai lulusan hiasan dalaman bercuti seorang diri kerana ingin mencari pengalaman dalam dunia hiasan di Eropah.



Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya begitu juga dengan insiden kedua. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.

Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya dan sejak itu mereka mula rapat dan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.

Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana.

Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…

Wahhhh..panjang plk sinopsis citer neh..heheh

Monday, January 16, 2012

Currently I'm listening to...



  • Stereo Hearts - gym class heroes feat. adam levine


  • Love You Like A Love Song - selena gomez


  • We Found Love - rihanna feat. calvin harris


  • California King Bed - rihanna

Tuesday, January 10, 2012

Happy New Year 2012!

Salams to all..

Selamat tahun baru 2012 utk semua.. semoga tahun ini akan lebih bermakna buat kita semua..